Sunday, December 23, 2018

BAB 8: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).

Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Kedudukan meja pelajar

meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
Penyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

Alat bantu mengajar (ABM)

Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

Papan kenyataan

Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.
Setiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.
Guru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Konsep Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi:
 (a) Komunikasi lisan
 (b) Komunikasi bukan lisan.

Pola Interaksi dalam Bilik Darjah

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah
Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
   1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
   2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
       murid dengan murid
   3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
       murid dan murid dengan guru.

Kepentingan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

l Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.
l Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.
l Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
l Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan.

Halangan dan Gangguan Komunikasi dalam Pengajaran & Pembelajaran
l Suasana kelas yang bising.
l Guru yang kurang berpengalaman.
l Kepimpinan guru yang autokratik.
l Bilangan murind yang terlalu ramai.


Langkah-langkah untuk mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah

1. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik
2. Elak kriyik dan melabel murid-murid
3. Guru sebagai Role Model
4. Gaya kepimpinan DEMOKRATIK


Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

      Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan proses P&P.Merangkumi rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bahan bantu belajar yang akan digunakan, strategi atau kaedah yang hendak diaplikasikan, isi pelajaran yang sesuai dengan masa.

SLIDE NOTA

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.
       Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.
       Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
       Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
        Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.
         Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

SLIDE NOTA

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Semasa bersekolah di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, penulis pernah dinasihatkan oleh seorang guru bahawa hidup ini penuh dengan cabaran. Selagi kita menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah SWT, selagi itulah cabaran akan dihadapi. Itu antara nasihat yang tidak pernah penulis lupakan.
      Setiap daripada kita pasti mendapat pelbagai nasihat daripada guru dan bekas guru masing-masing. Tiada guru yang tidak mahu anak muridnya berjaya dan berakhlak mulia. Guru yang baik tidak mungkin mengajar anak-anak muridnya melakukan kemungkaran. Malah, mereka akan berasa bersalah jika tidak mampu mengubah sikap anak-anak muridnya ke arah yang lebih baik.
       Inilah tanggungjawab sebenar seorang guru bukan setakat mengajar untuk memiliki sesuatu kemahiran tetapi juga menggunakan kemahiran tersebut de­ngan akhlak yang mulia. Bayangkan jika akhlak mulia ini tidak diajar kepada anak-anak murid, maka akan berlakulah kesilapan dan kesalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja.
       Malah tidak keterlaluan, gurulah yang sentiasa mengubah dunia ini agar sentiasa aman, makmur dan sejahtera. Kebetulan pula, penulis baharu sahaja selesai membaca buku yang bertajuk, Syarikat Yang Mengubah Dunia, hasil tulisan Jonathan Mantle.
      Buku ini memaparkan kisah 50 syarikat terkemuka dunia yang mengubah dunia. Tidak ada syarikat yang ber­asal dari Malaysia berada dalam senarai 50 syarikat tersebut. Apa yang pasti syarikat-syarikat Malaysia telah berada di luar negara dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.
        Meskipun boleh didebatkan mengenai pemilihan 50 syarikat tersebut kerana banyak lagi syarikat yang hebat-hebat belaka telah wujud sejak dahulu lagi sehingga kini, namun hakikatnya 50 syarikat tersebut tetap hebat dan sedikit sebanyak telah mengubah dunia dengan membentuk tingkah laku manusia. Begitu juga, bagaimana syarikat-syarikat ini mampu berdikari sehingga produk-produk yang dijual berada di serata dunia. Dengan kata lain, memasyarakatkan produk-produk mereka sehingga menjadi produk kehidupan harian manusia.
      Namun, di sebalik kejayaan syarikat-syarikat ini yang diketuai oleh pengasas masing-masing, penulis amat ya­kin gurulah yang berada di belakang tabir kecemerlangan mereka. Sama ada mereka itu diajar secara formal atau tidak formal oleh mana-mana guru, pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa sokongan dan dorongan seorang guru. Dengan kata mudah, gurulah sebenarnya yang mengubah mereka menjadi pengasas kepada syarikat yang mampu mengubah dunia.
       Bagi guru yang mengajar secara formal, pendidikan melalui sekolah diberikan kepada kita manakala pendidikan yang tidak formal boleh berlaku di mana-mana jua sehingga seseorang itu menjadi pakar dan hebat. Pendidikan formal itu boleh diteruskan sehingga ke peringkat menara gading. Ketika ini, meskipun diajar oleh pendidik yang bergelar pensyarah, namun hakikatnya, mereka ini tetap seorang guru. Bagi peringkat yang lebih tinggi sehingga ke ijazah kedoktoran, seseorang itu tetap diajar oleh seorang guru tentang selok-belok menjalankan penyelidikan.

         Maka, lahirlah golongan pakar dan penyelidik di serata dunia yang juga menabur bakti menjadi guru kepada orang lain sehingga lahirlah begitu ramai pakar dan penyelidik yang ‘beranak-pinak’ di seluruh dunia. Tidakkah ini cukup menggambarkan bahawa guru berkeupayaan mengubah dunia.
        Sebab itulah apabila ada pihak yang hanya belajar melalui pembacaan semata-mata tanpa berguru dengan pihak yang memiliki kepakaran, maka dibimbangi ilmu itu tidak difahami sebetulnya. Tidak mustahil berlaku kesilapan sehingga boleh memudaratkan masyarakat. Misalnya, seseorang itu membuat tafsiran sendiri melibatkan hukum agama sedangkan dia tidak cukup mahir dalam bidang agama berkaitan. Maka, boleh membawa kepada ajaran sesat yang memudaratkan masyarakat.
        Malang sekali, ramai yang berlagak mahir dan pakar meskipun ilmu tidak seberapa. Dalam hal ini, kita sentiasa diajar sejak dari dahulu lagi agar menghormati orang yang memiliki kelayakan ilmu dan usah menyanggah jika tidak cukup ilmu. Malah, mendalami ilmu bukan setakat beberapa hari menghadiri sesi ilmu sehingga berasakan diri sudah hebat bak bait-bait lagu Amboi, nyanyian Altimet, ‘Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa’.
           Sebab itulah setiap daripada kita memerlukan guru untuk menasihati apa yang wajar dan menegur apa yang sepatutnya. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada kesilapan meskipun berada di puncak kehebatan. Maka, di sinilah peranan guru yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan meskipun sedikit cuma. Mereka ini tidak pernah mengeluh akan beban kerja yang dimiliki.
        Tanggungjawab mereka untuk mendidik anak murid tanpa memilih warna kulit hanya semata-mata untuk melihat anak murid berjaya kelak. Ini mengingatkan lagi kata-kata seorang guru semasa di SDAR, ‘Guru itu um­pama lilin yang membakar diri semata-mata untuk me­nerangi kehidupan orang lain’.
         Mungkin ketika itu, penulis kurang faham akan maksud kata-kata guru tersebut yang cukup dihormati penulis, namun setelah bergelar guru kepada pelajar dewasa, baharulah pengertian itu difahami bahawa menjadi guru demi menabur bakti kepada masa depan sesebuah masyarakat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-mampu-mengubah-dunia-1.482283#ixzz5DKQxLLYV
© Utusan Melayu (M) Bhd

SLIDE NOTA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Bab ini tentang kepelbagaian budaya murid.  Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid.  Bab ini juga dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.
           Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.  Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya. 
            Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.  Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.
          Antara cara penyelesaian pengurusan budaya merupakan budaya membaca seperti wujud program nilam, perpustakaan yang lengkap, program akhbar, dan pameran.  Budaya hormat-menghormati yang mengandungi pendidikan tidak formal, pendidikan semiformal, dan pendidikan formal.  Seterusnya, budaya agama dan kaum seperti aktiviti dalam kelas, hasi sukan, hari guru, gorong-royong, aktiviti persatuan, dan badan beruniform yang dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain tanpa mempedulikan kaum, bangsa, dan agama.  Budaya status sosial seperti biasiswa dan tuisyen percuma.  Budaya berpakaian seperti ketatkan peraturan sekolah dan kempen-kempen tertentu.
            Antara faktor kewujudan kepelbagaian budaya sekolah seperti berikut.  Sebagai contoh, melahirkan masyarakat yang suka membaca, menghargai jasa dan sumbangan guru, memupuk sikap majmuk dan harmoni antara pelbagai kaum, jurang ekonomi dapat dikecilkan dan lain-lain.
         Akhir kata, bab ini dapat membantu lebih memahami peranan seorang guru untuk menentukan suasana budaya sekolah.  Guru akan sedar bahawa mempunyai pelbagai masalah yang ditimbul dalam kalangan pelajar atas isu budaya.  Sebagai seorang guru,memang penting untuk menyiapkan diri supaya boleh jadi teladan bagi pelajar.

SLIDE NOTA

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Bab ini mengatakan bahawa pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan berkeperluan khas.  Bab ini juga membincang, menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya.
            Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).  Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri.  Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
            Murid berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU.  Antara enam kategori murid berkeperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU merupakan kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
           Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya  dengan ikhlas.  Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran  yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar.  Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang mempunyai gambar.
               Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka. Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat.  Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial.  Menjadi satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan pelajar itu sendiri.  Setiap murid pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.
            Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor kepada para pelajarnya.  Perkara ini dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu sentiasa perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran.  Guru sentiasa memastikan pelajar mengikuti setiap pembelajaran yang diajar.  Guru perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap pelajarnya misalnya pelajar yang berpendidikan khas
          Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai.  Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif.  Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum.

SLIDE NOTA

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

ARKIB : 31/01/2005

Kecemerlangan pelajar - Persekitaran sekolah atau rumah?

PADA Analisis 1 yang disiarkan dalam Pendidikan Bestari Khamis lalu, kita melihat bagaimana ibu bapa dan guru berkonflik mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mendidik anak-anak. Si ibu `pening kepala' dengan beban akademik dan fizikal yang diserahkan oleh sekolah kepadanya. Apa pula kata para profesor di universiti?

 Ikuti tinjauan MARZITA ABDULLAH.

PERSEKITARAN sekolah dan peranan guru merupakan faktor terpenting yang mendorong kecemerlangan akademik seseorang pelajar.
Faktor tersebut tidak boleh ditolak walaupun ada pelajar memberi alasan mereka cemerlang kerana mengikuti tuisyen.

``Sekolah mempunyai strategi, kumpulan penggalak atau pendorong semangat,'' kata Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Aminah Ayob.
Baginya, guru ialah kumpulan peng- galak, pendorong dan pengatur strategi.

``Sesama rakan sebaya pula akan mewujudkan komuniti persaingan,'' ujarnya.
Walaupun ibu bapa menyumbang kepada kecemerlangan anak masing-masing, namun bagi beliau `sumbangan' mereka sekadar `asas' kepada kejayaan itu.

``Dengan kata lain, ibu bapa yang mengambil berat tentang akademik anak akan meletakkan harapan kepada mereka dan harapan itu adalah `asas' dalam diri para pelajar ini,'' katanya.
Aspirasi

Tambah beliau, tanpa dorongan daripada pihak sekolah, mungkin semangat dan aspirasi pelajar untuk mencipta kecemerlangan tidak wujud.

Beliau mengambil contoh pelajar cemerlang di sekolah berasrama penuh yang tidak mengikuti sebarang tuisyen, tetapi patuh kepada perancangan yang diatur pihak sekolah.
Mereka mengikuti kelas prep dan membuat latih tubi dengan bimbingan guru.
``Ini ialah bantuan tambahan.

``Sekolah mengatur strategi. Sekali gus ini membuktikan bahawa peranan sekolah itu penting untuk pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,'' katanya.

Bagi Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakob, sekolah dan ibu bapa mempunyai peranan yang sama penting dalam dunia akademik para pelajar.

``Hubungan kedua-dua pihak ini penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,'' katanya. Beliau tidak menafikan bahawa sistem di sekolah berasrama penuh mampu melahirkan pelajar cemerlang.
Ini kerana sekolah-sekolah demikian mempunyai persekitaran yang kondusif dan guru-guru yang komited.

``Dengan kata lain, guru di sekolah ini memainkan peranan penting dalam kecemerlangan pelajar apatah lagi mereka sedia maklum kehendak dan hala tuju sekolah-sekolah ini,'' katanya.
Mengenai kelas tuisyen pula, beliau mengakui perkara tersebut sudah menjadi budaya dalam kalangan ibu bapa dan pelajar di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sebagai ibu bapa, Noran Fauziah turut menghantar anak-anaknya ke kelas-kelas tuisyen tersebut.

``Tetapi ini bukan bermakna kita tidak percaya kepada perancangan sekolah dan tidak menghargai guru-guru sekolah,'' ujarnya.

Menghantar pelajar ke kelas tuisyen bertujuan supaya para pelajar lebih konsisten dengan pelajaran yang diikuti di sekolah.

``Lagipun bagi ibu bapa yang bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti satu persatu kerja-kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah,'' katanya.

Bagi beliau, peranan sekolah penting untuk menentukan kecemerlangan pelajar, manakala peranan kelas tuisyen hanya sebagai pelengkap kepada sekolah.

ArtikelPenuh: 

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz5DKSMnHjh
© Utusan Melayu (M) Bhd

SLIDE NOTA

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.
         Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-

-Aspek Fizikal
-Aspek Psikososial
-Aspek Komuniti Pembelajaran
-Aspek Komuniti Pembelajaran

         Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
               Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

         Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
             Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.
             Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
            Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.
Aspek Psikososial
        Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.

            Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
           Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Aspek Fizikal
          Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.
          Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.
         Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

SLIDE NOTA