Sunday, December 23, 2018

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Bab ini mengutamakan sosiologi dan pembelajaran.  Contohnya, asas-asas sosiologi pendidikan dan pembelajaran serta fungsi-fungsi pembelajaran dan konflik dalam pembelajaran.  Bab ini juga berkenaan dengan interaksi dan pembelajaran.  Sebagai contoh. interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.  Dalam bab ini, pembelajaran akan menjelaskan asas-asas sosiologi dan kaitannya dengan sosiologi pendidikan dan pembelajaran dan mengaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah serta mengaitkan kursus dengan interaksi dalam pembelajaran dan perbincangan mengenai bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran.

     Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.  Pembelajaran merujuk kepada beberapa Theories for Teachers, 1982.  Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.

     Sosiologi pendidikan merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.  Masyarakat ialah sekumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial.  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.  Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.  Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.  Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi

     Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi.  Manakala menurut Jary dan Jary (1995), sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi, amalan budaya dan sebagainya. 

     Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru.  Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani.  Bermatlamat kepada pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, dekat kepada jauh.

     Sosial dan persekitaran telah mengajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat,  Pengalaman sedia telah mendorong murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka
SLIDE NOTA

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’.Guru menerangkan dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan guru terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung.Guru turut mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala. Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai, dengan adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar.
         Interaksi sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan kepada guru manakala interaksi dua hala melibatkan perbincangan atau kaedah menyoal. Interaksi pelbagai hala melibatkan pendekatan kumpulan atau kaedah projek serta kaedah menyelesaikan masalah. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘copy paste’, menara impian dan bakat lakonan.Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat memahami interaksi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar.
         Tuntasnya ,saya dapat simpulkan bahawa interaksi antara dua belah pihak iaitu antara guru dan pelajar itu sendiri perlulah disatukan agar mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang seronok di samping mempercepatkan kefahaman para pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari.

SLIDE NOTA

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar dalam memningkarkan prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan dan pembelajaran juga berfungsi dalam menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi peribadi, 7 Januari 2013). pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.  Manakala, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
            Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum, sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif ekspresif.
            Dalam hal yang demikian, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu melibatkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran  adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pelajaran ini boleh terdiri daripada buku teks, buku rujukan, surat khabar dan alat bantu mengajar seperti kad gambar, model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud,pita rakaman, televisyen, computer dan sebagainya. ( Jaaafar Atan, komunikasi peribadi, 2013). Persediaan segala alat bantu mengajar ini mestilah benar-benar dapat menjelaskan butiran pengajaran dan pembelajaran. Semua alat tersebut perlu disenaraikan bersama dengan bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti individu atau kumpulan yang memerlukan alatan yang mencakupi. Oleh itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa secara gangguan.

 RUMUSAN

Untuk Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga  penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21.
Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.

SLIDE NOTA
SLIDE NOTA TAMBAHAN

BAB 4: ORGANISASI DAN KEMPIMPINAN

KEPIMPINAN SEKOLAH
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

ORGANISASI SEKOLAH
Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.
Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.

GAYA KEMPIMPINAN
Gaya   kepimpinan   menurut   Thoha   (1995: 37)   pula   ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.   Beliau   juga   mengertikan   gaya   kepimpinan   sebagai   perilaku   pemimpin   dalam mempengaruhi   bawahannya   iaitu  kemampuan  pemimpin  untuk  menyatakan  sesuatu  hal dengan  gaya  kepimpinan  tertentu.

Gaya kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.


AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli

LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin  sedemikian  biasanya  memberi  kebebasan kepada  pekerja  untuk  menentukan matlamat  mereka  tersendiri  serta  cara-cara  mencapainya.  Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)


KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.
Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu,      kelompok kerja

ASERTIF
Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain. Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu dengan kebenarannya.

RESPONSIF
Kepimpinan responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya. Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.

AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk membuktikan dia bersalah

SLIDE NOTA

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Bab ini akan mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.  Bab ni juga akan memahami pengurusan rekod murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar dan cara untuk memotivasikan murid.
     Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai.  Peter F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi  kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod murid mengandungi rekod murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.  Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka.  Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.  Tambahan pula, jenis rekod murid yang terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002.
     Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.  Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.  Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
     Kesediaan murid belajar boleh didefinisikan sebagai keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.  Menurut Brunner (1966) pula menyatakan bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya.
     Antara kesediaan adalah seperti berikut.  Kesediaan Kognitif.  Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.  Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.  Kesediaan Afektif.  Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.  Kesediaan Psikomotor.  Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal.  Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pengerakkan badan.  Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.  Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
     Pendek kata, Pengurusan murid memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan, mengenalpasti masalah dan sebagainya.  Seterusnya guru perlulah mengambil berat akan persedian murud untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.  Di samping itu juga, guru haruslah memberi motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.  Akhirnya guru haruslah menggunakan teknik yang betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.
            Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Tujuan Mengurus Rekod Murid

1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

SLIDE NOTA

BAB 6: PENGURUSAN SUMBER


PENGURUSAN SUMBER
                                    
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.
OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Definisi Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.


Pengurusan
Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Proses  perancangan - sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber

- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan  dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

- Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

- Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.
Kepentingan Sumber


1. Media komunikasi
Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima 

2. Sebagai ransangan
Murid lebih minat belajar
Bahan sebagai ransangan utama murid
Memahami sesuatu dengan lebih mendalam
Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting


3. Penjelasan makna dan konsep
Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
Mengembangkan corak pemikiran murid


4. Penggerak penggunaan pelbagai media
Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran


5. Sumber pengalaman
Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung
Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid

JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN

Pusat Sumber Pertama:
Perpustakaan

Konsep Pusat Sumber
Ø Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
Ø Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
Ø Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektikfpusat sumber
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan

FUNGSI PUSAT SUMBER
Ø Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
Ø Berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
Ø Sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
Ø Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
Ø Menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.

Pusat Sumber Kedua:
Makmal Sain
Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains
Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan

Kepentingan Makmal Sains
♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan

ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS
♥ Keceriaan makmal sains
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥ Keselamatan makmal sains

TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah

Pusat Sumber Ketiga:
Makmal Komputer
1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.
Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
1. Pengurusan Makmal Komputer
- Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

2. Peraturan Makmal Komputer
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

3. Senarai Keselamatan Pengguna
- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
4. Aspek Keselamatan Perkakasan
- Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.

SLIDE NOTA

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan
Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial
Orientasi sosial bilik darjah
Bahan P&P mengaitkan dengan budaya
Peluang kepada setiap etnik
Isu sensitif
Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran
Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

     Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
·         Perayaan di Malaysia
·         Permainan Tradisional
·         Pakaian
·         Makanan
·         Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)
Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar
Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Ø  Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
·         Drama
·         Main peranan/simulasi
·         Belajar ambil bermain
·         Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
·         Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
·         Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Ø  Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.
Ø  idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak
Ø  Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Ø  Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
Ø  Menggalakkan murid bertanya dan  bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
Ø  Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.
Ø  Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.
Ø  Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.
Ø  Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi
Ø  Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.
Ø  Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.
Ø  Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
·         SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
·         SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
·         SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
·         SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Ø  Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
·         Kawalan kelas
·           Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
·           Mengenal pasti murid pilihan ramai
·           Murid kategori berasingan berhubung.

Ø  Ciri Emosi;
·         Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
·         Nada suara
·         Kesederhanaan
·         Bersikap kawalan positif
·         Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi
Ø  Dorongan positif- pujian & penghargaan.
Ø  Menerima kekuatan & kelemahan murid.
Ø  Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.
Ø  Hubungan positif
Ø  Kemahiran menyelesaikan masalah
Ø  Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik
—  Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)
—  Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.
—  Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
—  Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;
—  Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.
—  Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.
—  Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.
—  Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
—  Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.
—  Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.
—  Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya
—  Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.
—  Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
—  Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.
—  Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek