Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar dalam memningkarkan prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan dan pembelajaran juga berfungsi dalam menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi peribadi, 7 Januari 2013). pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum, sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif ekspresif.
Dalam hal yang demikian, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu melibatkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pelajaran ini boleh terdiri daripada buku teks, buku rujukan, surat khabar dan alat bantu mengajar seperti kad gambar, model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud,pita rakaman, televisyen, computer dan sebagainya. ( Jaaafar Atan, komunikasi peribadi, 2013). Persediaan segala alat bantu mengajar ini mestilah benar-benar dapat menjelaskan butiran pengajaran dan pembelajaran. Semua alat tersebut perlu disenaraikan bersama dengan bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti individu atau kumpulan yang memerlukan alatan yang mencakupi. Oleh itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa secara gangguan.
RUMUSAN
Untuk Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.
Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.
SLIDE NOTA
SLIDE NOTA TAMBAHAN
SLIDE NOTA
SLIDE NOTA TAMBAHAN
No comments:
Post a Comment