Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’.Guru menerangkan dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan guru terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung.Guru turut mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala. Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai, dengan adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar.
Interaksi sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan kepada guru manakala interaksi dua hala melibatkan perbincangan atau kaedah menyoal. Interaksi pelbagai hala melibatkan pendekatan kumpulan atau kaedah projek serta kaedah menyelesaikan masalah. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘copy paste’, menara impian dan bakat lakonan.Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat memahami interaksi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar.
Tuntasnya ,saya dapat simpulkan bahawa interaksi antara dua belah pihak iaitu antara guru dan pelajar itu sendiri perlulah disatukan agar mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang seronok di samping mempercepatkan kefahaman para pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari.
SLIDE NOTA
SLIDE NOTA
No comments:
Post a Comment