Bab ini mengutamakan sosiologi dan pembelajaran. Contohnya, asas-asas sosiologi pendidikan dan pembelajaran serta fungsi-fungsi pembelajaran dan konflik dalam pembelajaran. Bab ini juga berkenaan dengan interaksi dan pembelajaran. Sebagai contoh. interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran. Dalam bab ini, pembelajaran akan menjelaskan asas-asas sosiologi dan kaitannya dengan sosiologi pendidikan dan pembelajaran dan mengaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah serta mengaitkan kursus dengan interaksi dalam pembelajaran dan perbincangan mengenai bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran.
Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pembelajaran merujuk kepada beberapa Theories for Teachers, 1982. Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.
Sosiologi pendidikan merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Masyarakat ialah sekumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi
Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Manakala menurut Jary dan Jary (1995), sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi, amalan budaya dan sebagainya.
Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru. Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani. Bermatlamat kepada pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, dekat kepada jauh.
Sosial dan persekitaran telah mengajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat, Pengalaman sedia telah mendorong murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka
SLIDE NOTA
SLIDE NOTA
No comments:
Post a Comment