Semasa bersekolah di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, penulis pernah dinasihatkan oleh seorang guru bahawa hidup ini penuh dengan cabaran. Selagi kita menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah SWT, selagi itulah cabaran akan dihadapi. Itu antara nasihat yang tidak pernah penulis lupakan.
Setiap daripada kita pasti mendapat pelbagai nasihat daripada guru dan bekas guru masing-masing. Tiada guru yang tidak mahu anak muridnya berjaya dan berakhlak mulia. Guru yang baik tidak mungkin mengajar anak-anak muridnya melakukan kemungkaran. Malah, mereka akan berasa bersalah jika tidak mampu mengubah sikap anak-anak muridnya ke arah yang lebih baik.
Inilah tanggungjawab sebenar seorang guru bukan setakat mengajar untuk memiliki sesuatu kemahiran tetapi juga menggunakan kemahiran tersebut dengan akhlak yang mulia. Bayangkan jika akhlak mulia ini tidak diajar kepada anak-anak murid, maka akan berlakulah kesilapan dan kesalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja.
Malah tidak keterlaluan, gurulah yang sentiasa mengubah dunia ini agar sentiasa aman, makmur dan sejahtera. Kebetulan pula, penulis baharu sahaja selesai membaca buku yang bertajuk, Syarikat Yang Mengubah Dunia, hasil tulisan Jonathan Mantle.
Buku ini memaparkan kisah 50 syarikat terkemuka dunia yang mengubah dunia. Tidak ada syarikat yang berasal dari Malaysia berada dalam senarai 50 syarikat tersebut. Apa yang pasti syarikat-syarikat Malaysia telah berada di luar negara dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.
Meskipun boleh didebatkan mengenai pemilihan 50 syarikat tersebut kerana banyak lagi syarikat yang hebat-hebat belaka telah wujud sejak dahulu lagi sehingga kini, namun hakikatnya 50 syarikat tersebut tetap hebat dan sedikit sebanyak telah mengubah dunia dengan membentuk tingkah laku manusia. Begitu juga, bagaimana syarikat-syarikat ini mampu berdikari sehingga produk-produk yang dijual berada di serata dunia. Dengan kata lain, memasyarakatkan produk-produk mereka sehingga menjadi produk kehidupan harian manusia.
Namun, di sebalik kejayaan syarikat-syarikat ini yang diketuai oleh pengasas masing-masing, penulis amat yakin gurulah yang berada di belakang tabir kecemerlangan mereka. Sama ada mereka itu diajar secara formal atau tidak formal oleh mana-mana guru, pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa sokongan dan dorongan seorang guru. Dengan kata mudah, gurulah sebenarnya yang mengubah mereka menjadi pengasas kepada syarikat yang mampu mengubah dunia.
Bagi guru yang mengajar secara formal, pendidikan melalui sekolah diberikan kepada kita manakala pendidikan yang tidak formal boleh berlaku di mana-mana jua sehingga seseorang itu menjadi pakar dan hebat. Pendidikan formal itu boleh diteruskan sehingga ke peringkat menara gading. Ketika ini, meskipun diajar oleh pendidik yang bergelar pensyarah, namun hakikatnya, mereka ini tetap seorang guru. Bagi peringkat yang lebih tinggi sehingga ke ijazah kedoktoran, seseorang itu tetap diajar oleh seorang guru tentang selok-belok menjalankan penyelidikan.
Maka, lahirlah golongan pakar dan penyelidik di serata dunia yang juga menabur bakti menjadi guru kepada orang lain sehingga lahirlah begitu ramai pakar dan penyelidik yang ‘beranak-pinak’ di seluruh dunia. Tidakkah ini cukup menggambarkan bahawa guru berkeupayaan mengubah dunia.
Sebab itulah apabila ada pihak yang hanya belajar melalui pembacaan semata-mata tanpa berguru dengan pihak yang memiliki kepakaran, maka dibimbangi ilmu itu tidak difahami sebetulnya. Tidak mustahil berlaku kesilapan sehingga boleh memudaratkan masyarakat. Misalnya, seseorang itu membuat tafsiran sendiri melibatkan hukum agama sedangkan dia tidak cukup mahir dalam bidang agama berkaitan. Maka, boleh membawa kepada ajaran sesat yang memudaratkan masyarakat.
Malang sekali, ramai yang berlagak mahir dan pakar meskipun ilmu tidak seberapa. Dalam hal ini, kita sentiasa diajar sejak dari dahulu lagi agar menghormati orang yang memiliki kelayakan ilmu dan usah menyanggah jika tidak cukup ilmu. Malah, mendalami ilmu bukan setakat beberapa hari menghadiri sesi ilmu sehingga berasakan diri sudah hebat bak bait-bait lagu Amboi, nyanyian Altimet, ‘Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa’.
Sebab itulah setiap daripada kita memerlukan guru untuk menasihati apa yang wajar dan menegur apa yang sepatutnya. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada kesilapan meskipun berada di puncak kehebatan. Maka, di sinilah peranan guru yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan meskipun sedikit cuma. Mereka ini tidak pernah mengeluh akan beban kerja yang dimiliki.
Tanggungjawab mereka untuk mendidik anak murid tanpa memilih warna kulit hanya semata-mata untuk melihat anak murid berjaya kelak. Ini mengingatkan lagi kata-kata seorang guru semasa di SDAR, ‘Guru itu umpama lilin yang membakar diri semata-mata untuk menerangi kehidupan orang lain’.
Mungkin ketika itu, penulis kurang faham akan maksud kata-kata guru tersebut yang cukup dihormati penulis, namun setelah bergelar guru kepada pelajar dewasa, baharulah pengertian itu difahami bahawa menjadi guru demi menabur bakti kepada masa depan sesebuah masyarakat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-mampu-mengubah-dunia-1.482283#ixzz5DKQxLLYV
3-in-1 titanium body armor - TitsaniumArms.com
ReplyDelete"I really enjoyed joico titanium my journey ceramic or titanium flat iron from ford fusion titanium the titanium body sia titanium armor, but there are a few others too. omega titanium
hop over to here dildos,cheap sex toys,sex chair,dildo,sex chair,realistic dildo,dildo,realistic dildo,dog dildo click here to investigate
ReplyDeletem531v7gvmxp552 sex doll,male masturbator,male sex toys,horse dildo,love dolls,dog dildos,strap on vibrator,sex chair,dog dildo f121w9qdzzl807
ReplyDeletes290y5tlfxd691 dog dildo,bondage,cheap sex toys,finger vibrator,realistic vibrators,dildo,silicone sex doll,finger vibrator,horse dildo h112h3pdetj685
ReplyDelete