Bab ini mengatakan bahawa pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan berkeperluan khas. Bab ini juga membincang, menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya.
Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas). Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
Murid berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU. Antara enam kategori murid berkeperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU merupakan kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya dengan ikhlas. Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar. Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang mempunyai gambar.
Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka. Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat. Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial. Menjadi satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan pelajar itu sendiri. Setiap murid pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.
Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor kepada para pelajarnya. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu sentiasa perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran. Guru sentiasa memastikan pelajar mengikuti setiap pembelajaran yang diajar. Guru perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap pelajarnya misalnya pelajar yang berpendidikan khas
Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai. Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif. Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum.
SLIDE NOTA
SLIDE NOTA
No comments:
Post a Comment