Sunday, December 23, 2018

BAB 4: ORGANISASI DAN KEMPIMPINAN

KEPIMPINAN SEKOLAH
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

ORGANISASI SEKOLAH
Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.
Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.

GAYA KEMPIMPINAN
Gaya   kepimpinan   menurut   Thoha   (1995: 37)   pula   ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.   Beliau   juga   mengertikan   gaya   kepimpinan   sebagai   perilaku   pemimpin   dalam mempengaruhi   bawahannya   iaitu  kemampuan  pemimpin  untuk  menyatakan  sesuatu  hal dengan  gaya  kepimpinan  tertentu.

Gaya kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.


AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli

LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin  sedemikian  biasanya  memberi  kebebasan kepada  pekerja  untuk  menentukan matlamat  mereka  tersendiri  serta  cara-cara  mencapainya.  Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)


KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.
Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu,      kelompok kerja

ASERTIF
Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain. Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu dengan kebenarannya.

RESPONSIF
Kepimpinan responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya. Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.

AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk membuktikan dia bersalah

SLIDE NOTA

No comments:

Post a Comment